Search This Blog

Loading...

Friday, November 6, 2009

Anjing selamatkan bayi manusia

Oleh kerana sy tak de idea nak menulis setelah sekian lama, apa kata kita berkongsi cerita ini...




Seekor anjing telah menjumpai bayi di dalam hutan selatan Nairobi. Bayi tersebut masih hidup dan dibalut dengan kain buruk. Kami diberitahu bahawa anjing tersebut telah membawa bayi tersebut dengan mulutnya ke kawasan bandar.

Seorang wanita melaporkan telah terlihat anjing tersebut melintas jalan dengan bayi di mulutnya. Manakala tuan kepada anjing tersebut, Mary Adhiambo mengatakan anjingnya sentiasa berada di tepi bayi tersebut sehinggalah dia sedar bahawa itu adalah seorang bayi. Kemudian Mary membersihkan bayi tersebut dan membawanya ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Kejadian ini membuktikan bahawa anjing ialah kawan baik kepada manusia.

Komen Saya: Haiwan pun tahu menghargai nyawa manusia.Geleng kepala lihat kes buang anak, dera anak,bunuh anak...ish ish...

Selamat kucing dari mulut ke mulut.

NEW BEDFORD — Tindakan murni seorang penyelamat bomba, Mr. Machado telah menyelamatkan seekor kucing dari mulut ke mulut. Walaupun berpeluh, dan susah untuk bernafas setelah menyelamatkan seekor kucing daripada kebakaran rumah Summer street.
Mr. Machado tetap meneruskan CPR terhadap kucing tersebut setelah mendapati kucing tersebut tidak bernafas. "Kucing ini amat memerlukan oksigen dan ia amat-amat memerlukannya," katanya.Mr. Machado mula melakukan penafasan dari mulut ke mulut kucing tersebut dimana polis dan paramedik sudah bersedia dengan oksigen untuk bantuan seterusnya. Kucing tersebut dilaporkan selamat dan sudah stabil.Apabila media bertanya apakah rasanya apabila membuat CPR kepada seekor kucing? Mr. Machado hanya ketawa kecil dan berkata " Rasa macam bulu"

Mr.Machado kini lebih dikenali sebagai pencinta haiwan. Beliau sanggup menolong haiwan tanpa perasaan ragu-ragu.

Harap kita semua mendapat pengajaran daripada berita ini. Sayangilah haiwan.




Nota: Ini cerita benar dan tidak mustahil dilakukan.Mouth - to -mouth rescucitation boleh dilakukan kepada haiwan kesayangan samada menggunakan tgn ada sebagai corong udara masuk atau menggunakan ambubag/rescucitation bag dan meniup udara kedalamnya.

Contoh Ambu Bag

Wednesday, September 30, 2009

Tumbuhan beracun bagi haiwan kesayangan(3)



Brunfelsia fauciflora(nama lain: lady of the night atau bunga harum sundal malam)

Mengandungi glikosid anthraquinone dan latex asid pada daunnya.Menyebabkan cirit birit, kekurangan gula(hypoglysemia) dlm badan , dehidrasi dan muntah.

Rawatan: rawat cirit birit dan kehilangan cecair badan.

Tumbuhan beracun bagi haiwan kesayangan(2)




Aglaonema modestum
(nama lain: Chinese evergreen)

Mengandungi kristal kalsium oksalat ,menyebabkan kerengsaan dan gatal-gatal dlm mulut dan edema(pengumpulan cecair dlm organ).

Tumbuhan beracun bagi haiwan kesayangan(1)



Agave americana(nama lain: american aloe)

Tumbuhan ini mengandungi kristal kalsium oksalat dan bahan kimia saponin, menyebabkan ruam,kegatalan dan kerengsaan bahagioan dlm mulut apabila dikunyah/dimakan.

Tuesday, September 22, 2009

Sticky Mode: Salam Aidilfitri


Sempena Aidilfitri yang menjelang tiba, Catlina dan keluarga ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya
kepada semua pengunjung2 blog ini..sekian..

Thursday, September 17, 2009

Licking Obsession


Soalan:

Hi , sy mengambil seekor anak kucing jalanan dan memeliharanya dengan penuh kasih sayang.Cuma ada satu peranagai kucing ini yang agak menghairankan sy, ia terlampau suka menjilat jari, lengan, kaki , siku ,muka dan rambut saya.Adakah kucing sy ini bermasalah atau mempunyai penyakit?

Kelly


Jawapan:

Sebelum sy menjawab soalan anda,sy ingin mengucapkan tahniah kerana anda prihatin terhadap kucing dan mengambil keputusan untk memeliharanya.

Kucing anda sebenarnya mengaggap anda sebagai ibu/adik beradiknya, maka ia melakukan grooming melalui jilatannya itu. Ia juga menandakan bahawa kucing anda mungkin telah terpisah dari ibunya terlalu awal iaitu sebelum tamat tempoh cerai susu iaitu pada umur 2 bulan.

Bagi mengelakkan perkara ini,(sekiarnya anda berasa terganggu dengan tabiat ini) anda hendaklah meletakkan kucing itu ke lantai dan mengendahkannya apabila ia mahu menjilat lengan/siku anda.

Tuesday, September 15, 2009

Masalah kucing kencing merata - rata


Apa itu air kencing ?

Air kencing atau urine terdiri daripada urea, urochrome dan asid urik. Asid urik yang menyebabkan air kencing kucing sukar dicuci. Kenayakan pencuci akan menghilangkan bau urea & warna air kencing (urochrome) tetapi sebenarnya kesan asid urik itu masih ada. Asid uric adalah sejenis pekatan yang mengandungi kristal tak larut (unsoluble crystal) yang sukar dicuci dgn air dan sabun pencuci biasa.Oleh itu kucing anda masih boleh mencium bau asid urik ini dan berkemungkinan besar akan membuang air kecil di tempat yang sama pada masa akan datang.

Bagaimana nak mencuci air kencing kucing?

Larutan cuka - bancuh cuka dan air paip sama banyak (nisbah 50 : 50)dan masukkan ke dalam botol yang mempunyai muncung spray.Sembur laruta ke atas permukaan lantai. Jika kucing anda kencing di atas permaidani, larutkan dahulu air kecing itu dgn menyiram sedikit air ke atas air kencing tersebut , kemudian barulah dispray dgn larutan cuka tadi.


Pencuci enzim

Enzim dalam serbuk/larutan pencuci jenis ini akan "memakan" kristal asid urik tersebut.Walau bagaimanapun, anda perlu mencucinya berkali-kali dan memerlukan kesabaran untuk memastikan ia berkesan. Kebanyakan pencuci ini boleh didapat di pasaraya2.

Masalah kencing merata - rata.Kenapa kucing sy bertindak sedemikian?


1.Litter box sudah penuh/ terlalu kotor.Kucing adalah haiwan pembersih dan cerewet, jadi pastikan pasir kucing ditukar setiap hari.

2.Litter box telah dialihkan ke tempat baru. Kucing sangat cerewet tentang perubahan susun atur perabot dan barangan dlm rumah yang kadangkala boleh mengakibatkan stress.

3. Kucing baru dipindahkan ke rumah/tempat baru.

4. Ada kemasukan ahli keluarga baru ( kucing baru, ahli keluarga baru seperti bayi dan kanak2 kecil....kucing tau rasa cemburu!)

5.Marking behaviour - semasa musim mengawan, kucing jantan yang subur akan aktif mencari betina & menanda kawasan "jajahannya"(territory).Castration(pemandulan kucing jantan) akan dpt menyelesaikan masalah ini.)

6.Masalah kesihatan seperti jangkitan pundi kencing, batu karang, sakit buah pinggang atau radang pundi kencing.Sila bawa kepada vet anda jika perkara2 di atas tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Monday, September 14, 2009

Makanan yang patut dielakkan bagi kucing



Foto ehsan Cryptia

Pemilik kucing cenderung untuk melayan haiwan kesayangan seperti ahli keluarga dan haiwan seperti kucing kadangkala berkongsi menu dengan pemiliknya.



Berikut adalah makanan / minuman manusia yang tidak boleh diberikan kepada kucing:

Minuman beralkohol:Boleh menyebabkan kemabukan, keracunan, koma dan kematian.

Makanan bayi: Jumlah nutrisi tidak cukup bagi kucing dan boleh menyebabkan nutritional deficiency memandangkan baby food selalunya mengandungi bijirin/ beras yang mengandungi karbohidrat sebagai bahan utama sedangkan kucing memerlukan sumber protein dari sumber haiwan seperti ayam dan ikan.

Tulang ikan/ayam :
boleh menyebabkan tercekik dan luka pada bahagian perut & usus.

Sardin /tuna dalam tin ( makanan manusia) :
boleh menyebabkan kekurangan nutrisi/zat makanan.

Coklat, kopi, the dan minuman berkafein yang lain: mengandungi caffeine ,theobromine, theophylline yang toksik kepada kucing. Boleh menyebabkan masalah jantung dan sistem saraf.

Lebihan lemak haiwan (lemak ayam): Boleh menyebabkan pancreatitis (radang pancreas).
Anggur & raisins : boleh merosakkan buah pinggang.

Vitamin untuk kegunaan manusia yang mengandungi zat besi: Merosakkan lapisan dalam perut dan toksik terhadap hati dan buah pinggang.

Hati ayam/lembu:
boleh menyebabkan keracunan vitamin A yang merosakkan otot dan tulang.

Kacang Macadamia : merosakkan system pencernaan

Susu dan produk susu : Kucing tidak mempunyai enzim lactase untuk mencernakan susu (laktosa), bagaimanapun, susu bebas laktosa adalah selamat untuk kucing.

Makanan berkulat : menyebabkan sakit perut dan cirit birit

Bawang merah dan bawang putih(mentah atau dimasak): Bawang mengandungi sulfoksida dan disulfide yang boleh merosakkan sel darah merah  boleh menyebabkan anemia.

Ubi kentang: Mengandungi oksalat, boleh merosakkan system pencernaan,saraf & perkumuhan (urinary)

Telur Mentah: Mengandungi enzim avidin boleh menngurangkan penyerapan biotin ( sejenis vitamin B) yang boleh membawa kepada masalah keguguran bulu & kulit menjadi kasar.Telur mentah juga kadangkala mengandungi backeria Salmonella yang boleh menyebabkan cirit – birit yang teruk

Ikan mentah :
menyebabkan kekurangan thiamine (sejenis vitamin B)dalam badan, boleh menyebabkan hilang selera makan, sawan dan kematian

Thursday, July 30, 2009

H1N1: Berhati-hati...

Please click for larger version

Please click for larger version

Untuk lebih maklumat klik sini.

Friday, July 17, 2009

Siri Info Baka Kucing:Baka Siamese(Kucing Siam)



Mengikut legenda masyarakat thailand, kucing Siam adalah penjaga Kuil Diraja Siam. Kucing Siam amat mudah dikenali kerana mukanya seperti bertopeng, mempunyai mata biru yang terang dan badan yang ramping. Dikatakan baka awal kucing Siam dibawa ke London pada tahun 1870 dan memasuki pertunjukan kucing di sana. Semenjak itu, baka kucing Siam mula popular dan memasuki Amerika pada tahun 1890.

Jangka hayat kucing Siam dianggarkan antara 14 - 17 tahun. Berat purata biasanya di anta 3 - 5 kg. Ia tergolong dalam kumpulan kucing oriental. Merupakan kucing yang sangat manja dan tidak sesuai dibiarkan bersendirian di rumah sepanjang hari tanpa pengawasan manusia kerana ia akan merosakkan/mencakar perabot seperti sofa dan permaidani sekiranya ia bosan. Kucing Siam juga merupakan kucing yang vocal (bising) tetapi bijak dan mudah dilatih. Kucing ini sesuai dipelihara secara indoor (dalam rumah) tetapi ia akan lebih gembira jika dapat bermain - main di luar rumah. Anak - anak kucing Siam biasanya dilahirkan berwarna coklat gelap tetapi warna tersebut akan pudar apabila ia dewasa di mana hanya di muka, hujung kaki dan telinga yang kekal berwarna coklat gelap.

Thursday, July 16, 2009

Siri Info Baka Kucing: Baka Parsi

Baka ini merupakan baka yang paling popular dan diminati oleh peminat-peminat kucing.Ia mula dikenali sejak 100 tahun yang lalu dan masih popular hingga ke hari ini.Berasal dari pergunungan Parsi, ia diminati kerana bulunya yang panjang dan lembut.Di Amerika Syarikat dan seluruh dunia, ia dikenali sebagai kucing Parsi /Persians manakala di Britain ia dikenali sebagai Longhairs.

Jangka hayat kucing Parsi boleh mencecah 15 tahun dengan purata berat badan antara 4.5 kg - 7 kg.Kucing baka ini biasanya penyayang dan pendiam.Bulunya yang panjang mudah bergumpal (matted) dan perlu disikat setiap hari. Terdapat pelbagai warna dan corak bagi kucing baka ini. Antara masalah kesihatan yang selalu dikaitkan dengan kucing baka Parsi ialah epiphora yang disebabkan oleh salur air mata yang separa tersumbat, yang mana selalu berlaku pada kucing Parsi bermuka kemik (flat faced). Ia menyebabkan air mata yang menngalir akan meninggalkan kesan comot berwarna coklat pada pangkal mata kucing ini. Pembersihan mata dan pemandian yang berjadual akan mengurangkan masalah ini.


Gambar ehsan

http://www.bluzeepersians.co.uk/


http://www.catsofaustralia.com/