Baka British Shorthair merupakan keturunan kucing-kucing yang dibawa oleh orang Rome ke Britain dan dibiakkan dgn kucing liar tempatan.Kemudian dikatakan ia dikacukkan lagi dengan bala Parsi dan menghasilkan kucing yang berbulu tebal, tetapi tidak panjang seperti baka Parsi. Baka British Shorthair yang pertama dipamerkan di Crystal Palace pada tahun 1871.Sehingga kini, ia merupakan antara baka kucing yang amat popular selain Parsi.
British Shorthair mempunyai bulu yang tebal dan gebu, tidak kembang dan juga disebut sebagai "cracking" iaitu pecahan bulu mengikut kontur badan mereka.Kepala mereka berbentuk bulat dengan mata yang juga bulat.Pelbagai warna mata boleh dilihat, tetapi warna mata yang selalu dilihat ialah warna seperti tembaga atau keemasan.Badan mereka agak tegap dan besar dan berotot.dadanya bidang, dengan bahu dan pinggul yang berotot dan kelihatan membulat.Kakinya agak sederhana pendek, bersesuaian dgn badannya.
Kucing British Shorthair jantan bersaiz besar dari betina.Berat purata jantan ialah 5-10 kg, manakala berat betina ialah dari 5 - 7 kg. Kucing jantan baka ini juga bisanya mempunyai rahang yang agak lebar dan kelihatan seperti bulu yang kembang di rahang mereka. Purata jangkahayat baka ini ialah 14-20 tahun.
Warna:Pelbagai, boleh dilihat di gambar2 di bawah:

Kucing baka ini adalah jenis mudah dijaga dan tidak cerewet. Mereka agak stabil dari segi perangai dan sesuai dibela secara indoor.Dan juga mereka tidaklah dahagakan perhatian yang kerap dari pemilik, walaupun ia akan mengajak pemiliknya bermain bersama jika ia menginginkannya.Ia merupakan kucing yang lembut tetapi tidaklah terlalu manja.Dan ia menyukai sekiranya dapat berada berdekatan dengan pemilik, dan lebih suka berada bersebelahan dgn pemilik,berbanding diriba. Kucing baka ini juga tidak kisah jika ditinggalkan bersendirian kerana ia jarang mempunyai perangai memusnahkan.menggaru perabot bila ditinggalkan bersendirian.Bagaimanapun, jika anda akan bekerja seharian dan pulang lewat petang, membela dua ekor baka British Shorthair adalah disarankan supaya ia dapat menemani diri masing2 sehingga anda pulang ke rumah.walaupun ia bukan kucing yang manja, ia gemar mengekori anda yang sedang mengemas rumah atau bergerak dari bilik ke bilik kerana ia berminat dengan apa yang anda buat ketika itu.
Kucing baka British Short Hair ini juga boleh diajar beberapa muslihat seperti mengejar bola (retrive) dan juga mengambil barangan kecil.
Kucing baka British Short Hair ini juga boleh diajar beberapa muslihat seperti mengejar bola (retrive) dan juga mengambil barangan kecil.
British shorthair dlm filem: Pernahkah anda menonton Alice In Wonderland?Kucing bernama Cheshire Cat di dlm filem itu merupakan seekor British Shorthair!

0 ulasan:
Catat Ulasan