from Dr Lynn dgn beberapa editing dari sy(jika mahu baca yg original can add FB beliau).
------------------------------------------------------------------------------------
Jadi kalau anda telefon atau pergi klinik haiwan, pastu anda bertanya pada VET soalan seperti berikut....
1-dulu saya ada kucing , pastu dia kurus, taknak makan pastu dia mati kenapa ek?
2-kucing saya hilang balik kaki dia macam sakit..patah ke?
3-kalau saya bawak kucing saya ke klinik kucing saya boleh sembuh ke?
4-kucing saya ni kurus,taknak makan dah seminggu, dia sakit apa?
5-anak kucing saya mati? kenapa dia mati?
dan bila anda diminta membawa pets anda untuk diperiksa janganlah anda.....
- marah VET
- cakap " hey you kan vet takkan you tak tahu"
DAN bila anda membawa si comel untuk diperiksa......bila VET tanya "kenapa dengan kucing encik?"
- kalau i tahu i tak bawa kucing i g klinik
- you vet you la bagi tau i dia sakit apa
- you kan vet i should ask u...not you ask me
- ntah you check la
memanglah VET patut tahu tapi VET perlukan maklumat seperti;
- makan , minum, berak, kencing,
- perubahan warna , bentuk,
- jangka masa sakit: baru , lama , kerap , kadang-kadang, selepas, sebelum
just imagine you see GP(doktor manusia) , anda juga pasti di tanya ya En sakit apa? betul tak?
sama jugalah...when you see VET , vet tanya.... tapi takan VET nak tanya dekat kucing atau haiwan anda... nanti kalau dia jawab you yang pengsan haha......
Komen Catlina:
Sebenarnya di blog ini pun dah byk soalan seperti di atas ditanyakan kepada Catlina..
Contohnya:
Soalan 1
Catlina, sy ada seekor kucing ni, umur dia 1 tahun, tiga hari lepas, dia mati.Kenapa ye?
Soalan 2
Sy ada seekor kucing jantan.warna belang2 kelabu.Yang sy perasan air liur dia meleleh sikit.Petang semalam dia mati.Kenapa kucing sy tu doc?
Soalan kedua ok sikitlah sebab ada jugak tanda2 air liuq meleleh kan?
Rasanya sy kena tinggalkan pesanan atas shoutbox lepas ni:
Jika ingin bertanya mengenai penyakit:
1.Berikan tanda-tanda sakit/perubahan perangai
2.Nyatakan berapa lama sakit
3.kalau dapat nyatakan kucing dah divaksin ke belum, pun dapat rule out certain diseases....
Ya..sy ulang kata-kata Dr Lynn, kami bukan supernatural , tgk je dah boleh tau penyakit apa, VET juga manusia biasa....pemilik haiwan kesayangan adalah insan yang rapat dgn haiwan tersebut..bantulah kami membantu merawat kucing anda...Sekian terima kasih.



6 ulasan:
yup betul tu...
biasa klau bwk pet jumpa vet ada beberapa maklumat yg perlu pihak vet tahu supaya drpd maklumat tersebut vet dpt mengesan apa sbnrnya yg berlaku pd haiwan peliharaan kita
klau sy sblm vet tnya sy dah terangkan panjang lebar hehe...
salam saya nak tanye... saya ade 2 ekor kucing sekor mix parsian dan sekor lagi kucing bali..
kedua2 dua ekor kucing ni ekornye ade kesan di langgar basikal oleh anak2 saya..anak saye ganas ok...
jadiknye..antara bulu2 di sepanjang ekor tu ade gap...tinggal kulit je.. yang sekor tu kat hujung ekor dan sekor lagi kat tengah2 ekor... sgt sedih...
soalan saye..
bulu tu bleh tumbuh lagi ke?
kalau boleh tumbuh, berape lame bleh tumbuh sepenuhnye..?
ade ubat tak untuk cepatkan pertumbuhan bulu beliau?
tu sahaja.. tq..
meow mania: terima kasih sebab memahami :)...sy rindu betul suasana rawatan haiwan kesayangan ;)..
farahliza:soalan sy kepada anda...
1.berapa lama keadaan ni berlaku?
2.adakah kesan luka atau cedera pada bhgn ekor tersebut?
Jika ada kesan luka, kemungkinan lepas luka tu sembuh, bulu akan tumbuh balik..kerana bulu tak boleh tumbuh atas tisu parut...lepas parut hilang, baru bulu akan tumbuh atas kulit yg baru,
Jika tiada kesan luka, kemungkinan berlaku trauma tekanan( pressure trauma) pada bhgn ekor tersebut dan bulu akan tumbuh semula setelah bhgn itu sembuh...
Sy suggest anda ke vet untuk second opinion dan boleh juga memberi vitamin yang menggalakkan shiny and healthy coat/hair seperti vit c & minyak ikan/omega
kedua2 duanya terjadi dlm 3 bulan lepas,tapi x ada sebarang luka teruk atau berdarah, cume kesan merah mcm melecet, bulu nye tanggal dan ianya pada bahagian yg di langgar sahaja..
saya ade bagi pil vit c mmg ade sikit perubahan bulu tu ade tumbuh tapi terlalu sikit.. saya cuma risau bulu x tumbuh lg..
tq catlina, saya akan rujuk pada vet
ouh. jadik doktor haiwan pun kena marah ke..
good info for a vet-to-be
Catat Ulasan