Anda dibenarkan menggunakan maklumat dalam blog ini tetapi sila maklumkan penulis blog dahulu ok?

Protected by Copyscape Unique Content Validation

Anda tanya, Catlina jawab..




Free chat widget @ ShoutMix

UPM Himpun 1,100 Ekor Anjing Pecah ‘Malaysia Book Of Record’

Sy teruja melihat berita dari "sekolah" lama sy iaitu Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.Dulu sy juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa program Dogathon semasa zaman universiti dahulu.Jom kongsi pengalaman mereka mencatatkan Malaysia Book of Record ini.Sumber: website UPM



SERDANG, 8 Julai – Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan Veterinar (VETERNAK) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Zoologico berjaya memecahkan rekod ‘Malaysia Book of Record’ (MBR) dalam menghimpunkan 1,100 ekor anjing di Malaysia.

Rekod sempena program ‘Dogathon 2010’ di Bukit Ekspo, UPM itu mengatasi rekod tahun lalu sebanyak 611 ekor sahaja.






Catatan rekod disaksikan oleh wakil MBR, Leona Paul dan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Prof. Madya Dr. Bashir Ahmad Fateh Mohamed.

Dogathon mengumpulkan dana Fakulti Perubatan Veterinar untuk program pengkasian haiwan terbiar atau dikenali sebagai ‘Pro-Kasih’ bagi mengawal populasi anjing terbiar.




Timbalan Naib Canselor UPM (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata program ‘Pro-Kasih’ itu adalah satu program yang membantu mengimbangi jumlah anjing jalanan yang ada di samping melindungi mereka dari terus dianiaya.

“Oleh kerana mereka beranggapan anjing jalanan berbahaya, banyak yang ditembak, diracun dan diseksa. Oleh itu program ini boleh membantu melindungi haiwan tersebut supaya anak-anak anjing liar tidak menerima nasib yang sama,” katanya ketika merasmikan program itu.




Antara aktiviti menarik yang diadakan dalam program bertemakan ‘Ancient Egypt’ itu ialah ‘Race of the Anubis’, demonstrasi anjing peliharaan, cabutan bertuah, ‘The Mummification’ dan ‘Rise of Giza’.





Berita ini disediakan oleh Seksyen Media, Bahagian Komunikasi Korporat UPM. (Mohd Faisal Md Noor, 03-89466013, Fotografi Ahmad Marina Ismail, 03-89466199).

2 ulasan:

bestfriendsmadeit berkata...

Wahhhh....tatau plak ada event mcm ni....best klw dpt join nih=)

MissAisyah berkata...

wohhh. my batch organized that!
*bgga kejap*