Anda dibenarkan menggunakan maklumat dalam blog ini tetapi sila maklumkan penulis blog dahulu ok?

Protected by Copyscape Unique Content Validation

Anda tanya, Catlina jawab..




Free chat widget @ ShoutMix

Aural haematoma

Aural (ear) haematoma(bleeding) bermaksud pengumpulan darah atau serum, kadangkala pengumpulan darah beku di dalam pinna(lipatan telinga). Darah/serum ini berkumpul di dalam lipatan telinga dan menyebabkan lipatan telinga menjadi tebal.Pembengkakkan mungkin berlaku di keseluruhan lipatan telinga atau di sebahagian kecil sahaja.

Aural haematoma boleh berlaku kepada anjing dan kucing.

Normal Canine Ear

Telinga anjing normal

Bagaimana aural haematoma berlaku?

Selalunya terjadi akibat kegatalan di telinga (kutu/kurap) yang menyebabkan anjing/kucing menggaru telinga dgn kuat dan kerap.Sesetengah anjing/kucing menggoyangkan kepala dgn kuat (head shaking) utk menghilangkan kegatalan.Tindakan ini boleh menyebabkan salur darah utama di telinga pecah, maka darah yang terkeluar akan berkumpul di dalam lipatan telinga.

Anatomi telinga anjing dan kucing

Lipatan telinga terdiri daripada selapisan kulit di bahagian luar dan dalam yang melapisi bahagian rawan(cartilage).Rawan itulah yang memberikan telinga bentuknya.Salur darah melalui dari bahagian depan dan belakang merentasi rawan tersebut.Jadi apabila head shaking yang kuat menyebabkan salur darah pecah, maka ia akan terlumpul di ruangan lapisan kulit telinga itu.

Bagaimana aural haematoma dirawat?

Tujuan utama rawatan ialah untuk melegakan tekanan dan kesakitan akibat pembengkakkan yang berlaku.Ia dilakukan melalui satu pembedahan di mana haiwan perlu dibius di bawah anestesia umum dan beberapa tebukan biopsi dilakukan pada bahagian dalam telinga.Darah dipicit keluar (flush)dan kebiasaannya tebukan itu dibiarkan begitu sahaja(dicuci/wound dressing sehingga sembuh).

Perlekatan semula rawan telinga dibuat menggunakan beberapa siri jahitan melalui lipatan telinga.Jahitan ini dibiarkan selama 3 minggu sebelum ia dibuka.Teknik jahitan bergantung kepada tempoh, saiz dan kedudukan haematoma.

Aspek rawatan kedua ialah, merawat punca menyebabkan anjing/kucing anda gatal di bhgn telinga.Biasanya, punca kegatalan.ketidakselesaan itu ialah;

  1. Bendasing dalam telinga(pasir, biji benih, habuk dll)
  2. Jangkitan telinga
  3. Kegatalan akibat allergy
  4. Gigitan lalat/nyamuk/serangga di telinga.
  5. Penyakit berkaitan dgn sistem keimunan badan.
Anda hendaklah membantu mencegah aural haematoma melalui pengesanan punca2 kegatalan telinga (oleh vet).Kebiasaannya, punca seperti alergi dan imunne sytem agak suka didiagnosis kecuali dgn pemeriksaan lanjut di makmal.

Aural haematoma - showing swelling of the pinnaAlign Center

Aural haematoma -pembengkakkan pada pinna /daun telinga

Setelah haiwan sy dirawat, bila sy perlu berjumpa vet semula?

Selalunya dalam tempoh 3 minggu, luka tersebut akan sembuh.Tetapi anda perlu membawa haiwan anda utk pemeriksaan veterinar bagi mengelakkan kes benang tercabut ataupun jangkitan.

Jika ia tidak merbahaya kepada nyawa haiwan, maka sy tidak perlu bawa haiwan sy kepada doktor, begitu?

Jika haematoma dibiarkan, ia akan surut juga, tetapi dalam tempoh sehingga 2-3 bulan.Tempoh ini akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada haiwan anda. Ia juga akan menyebabkan telinga mengecut seperti bentuk bunga kobis dan menjadi cacat.


Selepas rawatan:

Setelah kes aural haematoma berlalu, kebiasaannya kedudukan telinga kucing anda akan berubah sedikit tetapi tidak memudaratkan.Bagi anjing baka tertentu seperti German Sheperd, Rottweiler dan Dobermann Pinscher, surgery kosmetik mungkin diperlukan bagi memperbaiki telinga tersebut.


Gambar-gambar di atas bukan hakmilik penulis, ianya adalah milik owner haiwan2 tersbut.TK.

0 ulasan: