Sporotrichosis merupakan sejenis penyakit jangkitan fungus yang jarang tetapi amat serius kepada kucing, anjing atau manusia. Oleh kerana penyakit ini boleh menjangkiti manusia, maka, penyakit ini perlulah diambil berat. Walaubagaimanapun, kadangkala pemilik haiwan dan doktor veterinar sendiri mungkin tidak menyedari bahaya penyakit ini kerana ia sering disalahertikan dgn penyakit fungal yang lain serta jarang berlaku.
Apa itu sporotrichosis dan bagaimana kucing/anjing boleh dijangkiti?
Sporotrichosis adalah berpunca dari sejenis fungus/kulat Sporotrix schenckii.Fungus ini lebih kerap ditemui pada anjing/kucing yang selalu berada di luar/outdoor yang cenderung utk bergaduh dgn anjingkucing lain. Jangkitan dipercayai berlaku apabila fungus ini memasuki luka tertusuk duri/kayu tajam,/luka pergaduhan pada anjing/kucing.Manusia boleh dijangkiti penyakit ini sekiranya dicakar/digigit oleh anjing/kucing yang berpenyakit.
Apakah simptom2 penyakit ini?
Pada kucing, tanda2 penyakit sering berada di bahagian kepala, kaki dan ekor iaiatu tempat yang mudah dicakar/digigit oleh kucing lain. Luka -luka yang tercemar boleh menjadi nodul/ abses(bisul). Dipercayai, fungus ini mudah membiak di dalam cecair dlm bisul ini.Sesetengah kucing menjadi sgt sakit dan demam, hilang selera makan dan mudah letih.
Pada manusia, sprotrichosis selalunya hadir di bahagian jari, tangan dan muka iaiatu tempat di mana bhgn badan yang ebrsentuh dgn haiwan.Fungus ini dipindahkan dari kucing ke manusia apabila manusia mengalami luka di bhgn2 badan tersebut.Apabila nodul/bisul itu pecah, ia boleh mengjangkiti nodus limfa pesakit dan menyebabkan demam dan lain2 tanda klinikal yang simptomatik..
Bagaimana mengesahkan penyakit ini?
Pada kucing, ia boleh dilakukan dengan mengenali kehadiran Sporotrix spp. di bawah microscope.
Doktor veterinar yang mengesyakki penyakit ini biasanya akan memakai sarung tangan ketika memegang kucing ini.
Bagaimana merawat penyakit ini?
Kucing yang dijangkiti akan dirawat dgn potassium iodide.rawatan mungkin akan mengambil masa 4 - 8 minggu.Bagi kes serius, ketaconazole atau itraconazole boleh digunakan tetapi memerlukan dos yang tepat kerana kedua-duanya adalah toksik.
Sporotrix schenkii bukan bakteria maka, antibiotik tidak akan berkesan.Elakkan memberi ubatan steroid kepada pesakit ini kerana steroid akan melemahkan antibodi kucing tersebut dan membuatkan jangkitan bertambah teruk.
Bagaimana mencegah sporotrichosis?
Buat rawatan luka yang betul utk mengelakkan luka tercemar dan mandulkan kucing anda utk mengurangkan pergaduhan merebut pasangan/kawasan.
Rujukan:
Ackerman, L. Skin and Haircoat Problems in Dogs. Alpine Publications. Loveland, CO; 1994. Bonagura, J. Kirks Current Veterinary Therapy XIII. W.B. Saunders Co. Philadelphia, PA; 2000. Ettinger, S. Textbook of Veterinary Internal Medicine. W.B. Saunders Co. Philadelphia, PA; 1989. Griffin, C; Kwochka, K; Macdonald, J. Current Veterinary Dermatology. Mosby Publications. Linn, MO; 1993. Scott, D; Miller, W; Griffin, C. Muller and Kirk's Small Animal Dermatology. W.B. Saunders Co. Philadelphia, PA; 1995.


1 ulasan:
i learnt a lot fr this blog.
thx :)
Catat Ulasan